Pages

Sunday, November 27, 2011

NUKILAN HATI PENULIS

Dilahirkan pada 9 Januari 1986, saya anak sulung kepada ayahanda tercinta Buang bin Ali dan bonda yang disayangi Jalilah binti Abdul Rahman telah selamat dilahirkan pada hari Khamis jam 10.36 malam. Anakanda sulung yang di beri nama Nur Haiyu binti Buang, dibesarkan dan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaaan Kem  Terendak 1, Kem Terendak pada 1994. Meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodziah di Telok Emas, Melaka  pada 1999 sebelum menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalan jurusan Sains Kesetiausahaan pada 2004- 2006. Setelah tamat pengajian, saya telah tawarkan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan telah berkhidmat selama 6 bulan. Tanggal 1 Ogos 2007 saya telah diterima berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Setiausaha Pejabat di Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua (2), Tampoi, Johor. Tiga tahun memberikan khidmat bakti di Johor, kini saya telah ditukarkan untuk berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Menyedari usia yang masih muda dan banyak peluang yang boleh diperolehi, saya telah melanjutkan pelajaran secara separuh masa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pembangunan Sumber Manusia sejak tahun 2008 sehinggalah kini.

0 comments:

Post a Comment