Pages

Sunday, November 27, 2011

COMPETITIVE FORCES AND STRATEGIES


COMPETITIVE FORCES

Sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan kepada pengguna sudah pasti tidak terlepas dari persaingan-persaingan dari organisasi luar yang mampu menggugat prestasi dan potensi syarikat untuk berkembang maju. Persaing-persaing ini merupakan satu perkara yang baik sekiranya organisasi lebih positf menjadikannya sebagai satu aset untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian,  sistem maklumat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kelebihan persaingan dan mengurangkan keburukan pesaingan supaya organisasi menjadi sebuah organisasi yang menunjukkan pencapaian yang tinggi dan digeruni oleh pesaing. Bagi memastikan sesebuah organisasi itu berjaya, organisasi perlu membangunkan kuasa daya saing  seperti berikut :-

1.     Persaingan daripada pesaing dalam industri
Setiap perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan semestinya mempunyai persaing yang mampu menggugat sesebuah organisasi. Sebagai contoh, adanya persaingan antara Perodua dan Proton untuk mengeluarkan produk dengan harga yang berpatutuan bagi memenuhi kehendak pengguna. Contoh lain adalah wujudnya persaingan antara syarikat telekomunikasi CELCOM dan MAXIS, dan juga perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia.

2.    Kemasukan pesaing baru ke dalam industri dan pasaran
Kemasukan pesaing baru  dilihat mampu menjadi pesaing kepada pesaing sedia ada dalam industri dan pasaran perniagaan. Sebagai contoh,  MPV Model Chery (Easter) dilihat pesaing kepada Perodua (ALZA) dan Proton (EXORA) di Malaysia. Kadar faedah yang rendah yang dikenakan kepada kereta-kereta import menjadi faktor pengguna memilih kenderaan import berbanding kenderaan Malaysia. Organisasi perlu memikirkan cara bagaimana dengan menggunaka sistem maklumat untuk memastikan pengeluaran produk mereka mendapat tempat di hati pelanggan.

3.    Gantikan produk yang boleh menawan penguasan pasaran
Persaingan yang terlalu banyak dikalangan organisasi memerlukan sesebuah organisasi menghasilkan produk yang lain dari lain bagi menawan pasaran. Permintaan yang tinggi disertai dengan pengeluaran minyak dunia yang semakin sedikit menyebabkan kenaikan harga petrol. Mengasilkan kenderaan mengunakan kuasa elektrik @ NGV merupakan satu alternatif bagi mengatasi kenaikan harga petrol dalam pasaran dunia. Kepelbagai model kenderaan yang ditunjukkan oleh Proton dengan melancarkan kenderaan menggunakan kuasa elektrik dilihat satu cara persaingan kerana Perodua belum mengeluarkan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik.

4.    Kuasa penawaran oleh pengguna
Pengguna diberikan peluang untuk membuat pilihan kerana terdapat banyak organisasi yang menjalankan perniagaan atau perhidmatan yang sama. Sebagai contoh, pengguna yang berminat memiliki televisyen LED, diberi peluang memilih model yang mereka gemari kerana terdapat banyak syarikat-syarikat seperti SONY, SHARP, SAMSUNG, PANASONIC yang mengeluarkan televisyen LED ini. Organisasi perlu lebih kreatif bg menghasilkan produk yang mengikut citarasa dan kemampuan pengguna.  Contoh lain pula adalah perkhidmatan penghantaran melalui pos, pengguna diberikan peluang memilih kerana terdapat banyak syarikat seperti Pos Malaysia, Skynet, DHL, ABX Express, GD Express dan lain-lain lagi yang menjalankan perkhidmatan yang sama.

5.    Kuasa penawaran oleh pembekal
Kuasa pada pembekal pula adalah pembekal tidak mempunyai persaingan dari organisasi lain dan merupakan organisasi tunggal yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, di Malaysia perkhidmatan pengangkutan keretapi hanya ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sahaja, pengguna tidak mempunyai pilihan seperti pengangkutan awam bas yang mempunyai banyak pilihan.

COMPETITIVE STRATEGIES ( PERSAINGAN STRATEGI)

1.     Cost Leadership (Kepimpinan Kos)
Organisasi menawarkan perniagaan atau perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang sama atau lebih baik dari pesaing. Sebagai contoh, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Firefly, kedua-duanya merupakan syarikat tambang murah. Namun begitu, keupayaan Air Asia untuk menawarkan kadar tambang yang jauh lebih murah sekiranya tempahan awal dibuat dengan taburan penerbangan yang lebih banyak disediakan menjadi pilihan mengapa ramai pengguna memilih Air Asia berbanding Malaysia Airlines (MAS).

2.    Differentiation Strategy (Kepelbagaian Strategi)
Organisasi menawarkan perbezaan dari segi produk yang di tawarkan ataupun memberikan tumpuan kepada strategi pemasaran bagi menarik minat pelanggan mendapatkan produk mereka. Syarikat pengedar emas Goldcrest Pavilion Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan barang kemas dengan mutu ketulinan emas 999 untuk setiap barang kemas yang dihasilkan.  Produk barang kemas ini merupakan kelainan berbanding emas yang dijual di kedai-kedai emas biasa atau pun jenama Public Gold, Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya yang turut mempelopori perniagaan barang kemas tetapi bukan barang kemas dengan ketulinan emas 999.

3.    Innovation Strategy ( Strategi Inovasi)
Organisasi mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang unik yang tidak ditawarkan oleh organiasasi lain. Sebagai contoh, Syarikat TESCO di luar negara memberi inovasi kepada perkhidmatan mereka apabila berjaya menghasilkan troli berteknologi tinggi dengan penimbang  yang boleh memaparkan jumlah kalori  yang terkandung dalam ayam yang dijual di pasaraya tersebut.

4.    Growth Strategy (Pertumbuhan Strategi)
Mempelbagaikan produk atau perkhidmatan sediada selain dari produk utama. Sebagai contoh Media Prima yang dikenali sebagai kumpulan rangkaian televisyen swasta terbesar di Malaysia selepas ASTRO  turut memperkembangkan perkhidmatan dan produk mereka dengan memiliki rangkaian radio iaitu Fly FM, Hot FM dan One FM disamping turut menguasai akhbar berbahasa Inggeris iaitu New Straits Time dan Malay mail serta akhbar berbahasa Malaysia iaitu Berita Harian dan Harian Metro. Hal ini menyaksikan pertumbuhan strategi yang hanya bermula dengan bidang penyiaran berkembang kepada siaran radio serta media cetak.

5.    Alliance Strategy
Strategi penggabungan bertujuan untuk menjimatkan dan mengurang kos bagi organisasi yang bergabung . organisasi yang bergabung akan berkongsi kos pentadbiran dan beberapa jenis kos yang lain selain sebilangan besar pekerja akan diberhentikan untuk memadatkan sumber manusi bagi syarikat yang bergabung. Sebagai contoh, pengambilalihan Southern Bank Berhad (SBB) bernilai USD 1.8 bilion oleh Bumiputra Commerce Holding Bhd (BCBH) dalam CIMB Group . Berikutan pengambilalihan itu, semua cawangan bank komersil milik CIMB Group iaitu Bumiputra Commerce Bank (BCB) dan SBB ditukarkan kepada nama baru CIMB Bank.

Smith, Howard L & Bullers, I Jr William. (1999). A study of Strategic Information Systems Design In Home Health Agencies. The Journal of Computer Information System, Vol. 6 Issue 2, pp. 10-19
http;// business.clemson.edu//SE/html/information_system_for_compet.html



0 comments:

Post a Comment