Pages

Sunday, November 27, 2011

KESIMPULAN


Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan aset terpenting yang diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi melancarkan segala proses kerja bagi mencapai objektif organisasi. Penggunaan sistem maklumat mampu menjimatkan masa apabila tiada lagi borang-borang manual yang perlu diisi dan mampu menjimatkan kos kesan dari segala proses mengemaskini data dan permohon boleh dibuat melalui atas talian. Segala proses membuat keputusan akan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan mampu meningkatkan produktivit dan memberikan tanggapan positif kepada organisasi luar. Selain itu juga persekitaran kerja yang lebih baik dapat diwujudkan apabila tiada lagi kerja-kerja manual yang remeh yang perlu diselesaikan. Kesemua ini mampu melahirkan pekerja yang mampu bekerja dengan lebih proaktif dan sekaligus meningkatkan keuntungan kepada organisasi.

MODEL SISTEM MAKLUMAT


Terdapat 4 jenis model Sistem Maklumat Sumber Manusia iaitu;

1.     Berbilang Negara (Mulitnational)
Model ini mengambil pendekatan yang responsif untuk melaksanakan dan menguruskan HRIS dengan sensitif kepada perbezaan tempatan dan serantau dalam erti kata lain, model ini dibangunkan mengikut keseuaian negara, keadaan dan suasana dalam sesebuah negara supaya perniagaan yang dijalankan mampu menarik pengguna untuk berurusniaga dengannya. Bank Al-Rajhi  yang baru bertapak di Malaysia yang merupakan bank luar yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan di Malaysia perlu menyesuaikan produk mereka mengikut kepelbagaian kaum, pentadbiran mahupun dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan di Malaysia. Begitu juga dengan syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) perlu memastikan penyediaan hidangan ayam goreng mengkut spesifikasi penyembelihan cara Islam.Sebagaimana yang kita sedia maklum, dasar dan keadaan ekonom, budaya, cara hidup serta  taburan penduduk disetiap negara adalah berbeza dan perlu diambil kira bagi memastikan perniagaan tersebut mampu berkembang dan bertahan di sesebuah negara.

2.    Menyeluruh (Global)
Melaksanakan dan menguruskan HRIS dengan membina satu sistem berpusat yang seragam. Model ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan tidak mengira tempat, budaya dan suasana.

3.    Antarabangsa (International)
Model antarabangsa menggunakan kecekapan teras yang sedia ada untuk mengembangkan operasi ke pasaran luar negara (Bohlander & Snell, 2007),. Model ini merupakan gabungan Model Multinational dan Model Global. Sistem yang boleh menggunakan Model Antarbangsa adalah penilaian prestasi, program latihan dan pembangunan, pemberian upah dan gaji dan sebagainya. Disesetengah negara gaji minimum bagi pekerja telah ditetapkan dan pemberian gaji tersebut tidak boleh kurang dari jumlah yang ditetapkan tersebut. Selain itu juga, kursus dari negara lain boleh dibawa masuk dan dijadikan model latihan yang boleh diubah mengikut kesesuaian program latihan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia. Perlaksanaan Model Antarabangsa ini perlu mengambil kira kesesuaian satu modul itu dijalankan mengikut kesesuaian tempat, budaya dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu, tidak semua sistem boleh diubah seperti larangan kanak-kanak untuk bekerja dan keselamatan dan kesihatan pekerja.


4.    Transnational
Menggunakan kesemua karakter dari ketiga-tiga Model Multinational, Model Global dan Model Antarabangsa.

See Karen Beaman. "On Globalizing HRIS : Moving to a Transnational Solution." IHRIM link. December / January 2000. pp 32-36





COMPETITIVE FORCES AND STRATEGIES


COMPETITIVE FORCES

Sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan kepada pengguna sudah pasti tidak terlepas dari persaingan-persaingan dari organisasi luar yang mampu menggugat prestasi dan potensi syarikat untuk berkembang maju. Persaing-persaing ini merupakan satu perkara yang baik sekiranya organisasi lebih positf menjadikannya sebagai satu aset untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian,  sistem maklumat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kelebihan persaingan dan mengurangkan keburukan pesaingan supaya organisasi menjadi sebuah organisasi yang menunjukkan pencapaian yang tinggi dan digeruni oleh pesaing. Bagi memastikan sesebuah organisasi itu berjaya, organisasi perlu membangunkan kuasa daya saing  seperti berikut :-

1.     Persaingan daripada pesaing dalam industri
Setiap perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan semestinya mempunyai persaing yang mampu menggugat sesebuah organisasi. Sebagai contoh, adanya persaingan antara Perodua dan Proton untuk mengeluarkan produk dengan harga yang berpatutuan bagi memenuhi kehendak pengguna. Contoh lain adalah wujudnya persaingan antara syarikat telekomunikasi CELCOM dan MAXIS, dan juga perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia.

2.    Kemasukan pesaing baru ke dalam industri dan pasaran
Kemasukan pesaing baru  dilihat mampu menjadi pesaing kepada pesaing sedia ada dalam industri dan pasaran perniagaan. Sebagai contoh,  MPV Model Chery (Easter) dilihat pesaing kepada Perodua (ALZA) dan Proton (EXORA) di Malaysia. Kadar faedah yang rendah yang dikenakan kepada kereta-kereta import menjadi faktor pengguna memilih kenderaan import berbanding kenderaan Malaysia. Organisasi perlu memikirkan cara bagaimana dengan menggunaka sistem maklumat untuk memastikan pengeluaran produk mereka mendapat tempat di hati pelanggan.

3.    Gantikan produk yang boleh menawan penguasan pasaran
Persaingan yang terlalu banyak dikalangan organisasi memerlukan sesebuah organisasi menghasilkan produk yang lain dari lain bagi menawan pasaran. Permintaan yang tinggi disertai dengan pengeluaran minyak dunia yang semakin sedikit menyebabkan kenaikan harga petrol. Mengasilkan kenderaan mengunakan kuasa elektrik @ NGV merupakan satu alternatif bagi mengatasi kenaikan harga petrol dalam pasaran dunia. Kepelbagai model kenderaan yang ditunjukkan oleh Proton dengan melancarkan kenderaan menggunakan kuasa elektrik dilihat satu cara persaingan kerana Perodua belum mengeluarkan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik.

4.    Kuasa penawaran oleh pengguna
Pengguna diberikan peluang untuk membuat pilihan kerana terdapat banyak organisasi yang menjalankan perniagaan atau perhidmatan yang sama. Sebagai contoh, pengguna yang berminat memiliki televisyen LED, diberi peluang memilih model yang mereka gemari kerana terdapat banyak syarikat-syarikat seperti SONY, SHARP, SAMSUNG, PANASONIC yang mengeluarkan televisyen LED ini. Organisasi perlu lebih kreatif bg menghasilkan produk yang mengikut citarasa dan kemampuan pengguna.  Contoh lain pula adalah perkhidmatan penghantaran melalui pos, pengguna diberikan peluang memilih kerana terdapat banyak syarikat seperti Pos Malaysia, Skynet, DHL, ABX Express, GD Express dan lain-lain lagi yang menjalankan perkhidmatan yang sama.

5.    Kuasa penawaran oleh pembekal
Kuasa pada pembekal pula adalah pembekal tidak mempunyai persaingan dari organisasi lain dan merupakan organisasi tunggal yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, di Malaysia perkhidmatan pengangkutan keretapi hanya ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sahaja, pengguna tidak mempunyai pilihan seperti pengangkutan awam bas yang mempunyai banyak pilihan.

COMPETITIVE STRATEGIES ( PERSAINGAN STRATEGI)

1.     Cost Leadership (Kepimpinan Kos)
Organisasi menawarkan perniagaan atau perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang sama atau lebih baik dari pesaing. Sebagai contoh, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Firefly, kedua-duanya merupakan syarikat tambang murah. Namun begitu, keupayaan Air Asia untuk menawarkan kadar tambang yang jauh lebih murah sekiranya tempahan awal dibuat dengan taburan penerbangan yang lebih banyak disediakan menjadi pilihan mengapa ramai pengguna memilih Air Asia berbanding Malaysia Airlines (MAS).

2.    Differentiation Strategy (Kepelbagaian Strategi)
Organisasi menawarkan perbezaan dari segi produk yang di tawarkan ataupun memberikan tumpuan kepada strategi pemasaran bagi menarik minat pelanggan mendapatkan produk mereka. Syarikat pengedar emas Goldcrest Pavilion Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan barang kemas dengan mutu ketulinan emas 999 untuk setiap barang kemas yang dihasilkan.  Produk barang kemas ini merupakan kelainan berbanding emas yang dijual di kedai-kedai emas biasa atau pun jenama Public Gold, Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya yang turut mempelopori perniagaan barang kemas tetapi bukan barang kemas dengan ketulinan emas 999.

3.    Innovation Strategy ( Strategi Inovasi)
Organisasi mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang unik yang tidak ditawarkan oleh organiasasi lain. Sebagai contoh, Syarikat TESCO di luar negara memberi inovasi kepada perkhidmatan mereka apabila berjaya menghasilkan troli berteknologi tinggi dengan penimbang  yang boleh memaparkan jumlah kalori  yang terkandung dalam ayam yang dijual di pasaraya tersebut.

4.    Growth Strategy (Pertumbuhan Strategi)
Mempelbagaikan produk atau perkhidmatan sediada selain dari produk utama. Sebagai contoh Media Prima yang dikenali sebagai kumpulan rangkaian televisyen swasta terbesar di Malaysia selepas ASTRO  turut memperkembangkan perkhidmatan dan produk mereka dengan memiliki rangkaian radio iaitu Fly FM, Hot FM dan One FM disamping turut menguasai akhbar berbahasa Inggeris iaitu New Straits Time dan Malay mail serta akhbar berbahasa Malaysia iaitu Berita Harian dan Harian Metro. Hal ini menyaksikan pertumbuhan strategi yang hanya bermula dengan bidang penyiaran berkembang kepada siaran radio serta media cetak.

5.    Alliance Strategy
Strategi penggabungan bertujuan untuk menjimatkan dan mengurang kos bagi organisasi yang bergabung . organisasi yang bergabung akan berkongsi kos pentadbiran dan beberapa jenis kos yang lain selain sebilangan besar pekerja akan diberhentikan untuk memadatkan sumber manusi bagi syarikat yang bergabung. Sebagai contoh, pengambilalihan Southern Bank Berhad (SBB) bernilai USD 1.8 bilion oleh Bumiputra Commerce Holding Bhd (BCBH) dalam CIMB Group . Berikutan pengambilalihan itu, semua cawangan bank komersil milik CIMB Group iaitu Bumiputra Commerce Bank (BCB) dan SBB ditukarkan kepada nama baru CIMB Bank.

Smith, Howard L & Bullers, I Jr William. (1999). A study of Strategic Information Systems Design In Home Health Agencies. The Journal of Computer Information System, Vol. 6 Issue 2, pp. 10-19
http;// business.clemson.edu//SE/html/information_system_for_compet.html



PENGENALAN : APA ITU SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SMSM)


Sistem adalah suatu set unsur yang dicipta dan berinteraksi antara satu sama lain. Ianya dicipta bagi mencapai sesuatu objektif atau sasaran yang mana ianya menghubungkan sesama unsur dan akan menentukan bagaimana sistem itu berfungsi. Sistem terdiri daripada input, mekanisme memproses dan output.

Sistem maklumat merupakan gabungan sumber dari institusi, perkakasan, perisian, rangkaian komunikasi dan data yang mengumpulkan, menukar dan menyebarkan maklumat di dalam suatu organisasi.

Sistem maklumat didefinisikan sebagai sekumpulan komponen yang saling berkaitan yang berfungsi untuk mengumpul (atau mendapatkan kembali, memproses , menyimpan dan mengagihkan maklumat. Ianya bertujuan untuk menyokong, proses membuat keputusan dan pengawalan di sesebuah organisasi. Maklumat-maklumat ini boleh membantu organisasi, pihak atasan dan pekerja menganalisis masalah, menggambarkan subjek-subjek yang kompleks serta mencipta produk-produk baru. (Kenneth C.Ludon 2002).

Pada pendapat saya sistem maklumat sumber manusia adalah salah satu cara yang sistematik menyimpan data dan maklumat secara atas talian dan boleh disebarkan secara keseluruhan dalam suatu organisasi. Proses ini akan membantu dalam proses membuat keputusan dan pengawalan di sesebuah organisasi. Antara proses sumber manusia yang dijalankan menggunakan sistem maklumat adalah mengemaskini butir peribadi, permohonan cuti, pengisytiharaan harta, pembangunan dan latihan, penilaian prestasi dan lain-lain.

Sebagai contoh, proses mengemaskini butir peribadi pekerja, pekerja boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan capaian sistem maklumat yang disediakan organisasi. Tiada borang yang perlu diisi atau dikumpulkan bagi tujuan mengemaskini data sebaliknya mengemaskini secara atas talian lebih menjimatkan masa dan mengurangkan kos penggunaan kertas dan sebagainya. Selain itu juga, tenaga kerja bagi memasukkan data juga dapat dikurangkan dengan hanya ada seorang sahaja pegawai yang mengawal selia data-data yang dimasukkan kerana pekerja sendiri telah mengemaskini rekod peribadi mereka.

Selain itu juga, terdapat kelemahan menggunakan proses atas talian ini seperti ketiadaaan bekalan elektrik untuk satu tempoh yang lama berlaku ataupun sistem maklumat mengalami masalah yang menyebabkan maklumat tidak dapat diakses sekiranya diperlukan dengan kadar segera. Oleh yang demikian, organisasi-organisasi perlu memikirkan inisiatif lain supaya sistem maklumat yang dibina akan mampu memberikan maklumat yang diperlukan pada masa yang ditetapkan.

Kavanagh et al (1990) Human Resources Information system. Boston : PWS-Kent


NUKILAN HATI PENULIS

Dilahirkan pada 9 Januari 1986, saya anak sulung kepada ayahanda tercinta Buang bin Ali dan bonda yang disayangi Jalilah binti Abdul Rahman telah selamat dilahirkan pada hari Khamis jam 10.36 malam. Anakanda sulung yang di beri nama Nur Haiyu binti Buang, dibesarkan dan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaaan Kem  Terendak 1, Kem Terendak pada 1994. Meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodziah di Telok Emas, Melaka  pada 1999 sebelum menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalan jurusan Sains Kesetiausahaan pada 2004- 2006. Setelah tamat pengajian, saya telah tawarkan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan telah berkhidmat selama 6 bulan. Tanggal 1 Ogos 2007 saya telah diterima berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Setiausaha Pejabat di Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua (2), Tampoi, Johor. Tiga tahun memberikan khidmat bakti di Johor, kini saya telah ditukarkan untuk berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman. Menyedari usia yang masih muda dan banyak peluang yang boleh diperolehi, saya telah melanjutkan pelajaran secara separuh masa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pembangunan Sumber Manusia sejak tahun 2008 sehinggalah kini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH

Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih kepada DR. NUR NAHA ABU MANSOR yang merupakan pensyarah bagi Kursus SHP 3423 Sistem Maklumat Sumber Manusia bagi sem 1 2011/2012.  Terhasilnya blog ini adalah sebagai memenuhi salah satu tugasan bagi subjek ini. Sebarang pandangan, cadangan dan pembetulan amatlah dialu-alukan sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan saya. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. Semoga kita mendapat manfaat di atas perkongsian ini.